DAYAK

Ngayau ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang dilakukan dalam Adat Tradisi Suku Kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mula nya Ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul Suku Kaum Dayak Mengayau, iaitu salah satu daripada suku kuam yang tinggal di Kalimantan Barat, Indonesia. Erti istilah perkataan Ngayau ialah bermaksud : Satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana ia dikenali sebagai “Kayau Serang”. Dan satu lagi jenis serangan yang dilakukan yang mempunyai jumlah pengikut nya yang kecil dan ia dikenali sebagai “Kayau Anak”. Kayau Anak ini ialah satu serangan yang sangat ditakuti oleh semua orang pada zaman dahulu kala.

Wednesday, March 25, 2015

PERANG NGAYAU (PERANG MEMENGGAL KEPALA) MASYARAKAT DAYAK BORNEO


“Borneo, The Land Of The Head hunters”… itulah antara judul nama buku-buku olahan Bangsa Eropah serta judul sebuah filem yang diproduksi oleh bangsa America di dalam memperkatakan tentang masyarakat di Borneo. Seantero dunia mengenali bahawa masyarakat Dayak yang mendiami Borneo suatu waktu dahulu adalah antara pahlawan-pahlawan yang amat digeruni kerana keberanian serta ketangkasan mereka memenggal kepala-kepala musuh mereka. Walaupun ianya tidak lagi menjadi tradisi di Borneo setelah ianya diharamkan sejak di tahun 1840an lagi namun begitu ianya tetap menjadi kebanggaan sehingga sekarang kerana darah yang mengalir di setiap etnik Dayak Borneo itu sudah semestinya ada darah “Bujang Berani” di dalam DNAnya. 

Jika di Sarawak, hampir kesemua etnik-etnik Dayak Sarawak seperti Iban, Kenyah, Kayan, Lunbawang dan banyak lagi sememangnya mempunyai sejarah di dalam tradisi Ngayau ini. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa di Sabah juga ada mempunyai keturunan si pemenggal kepala seperti etnik Kadazan, Dusun dan Murut. Di Kalimantan yang juga merupakan salah satu daripada kawasan asal keturunan masyarakat Dayak Borneo juga tidak kurang hebatnya. Jadi boleh dikatakan bahawa tradisi Ngayau ini sememangnya satu tradisi lumrah bagi masyarakat Dayak Borneo suatu waktu dahulu. 

Dikenali dengan nama “Ngayau” yang bermaksud memenggal kepala kerana di dalam setiap perang mesti ada sahaja kepala musuh yang tewas akan bercerai dari badan. Tujuannya bukannya satu yang boleh dianggap suka-suka kerana untuk memenggal kepala musuh itu bukan satu yang mudah. Sebaliknya ianya memerlukan ketangkasan yang tinggi serta semangat berani di dalam diri. Ketangkasan menggunakan parang ilang atau parang nyabor juga adalah salah satu daripada kepakaran yang harus ada bagi setiap pahlawan-pahlawan Dayak Borneo suatu waktu dahulu. 

Sebenarnya ada banyak sebab Perang Ngayau itu akan terjadi suatu waktu dahulu dan yang sering menjadi perkara pokok adalah perang perluasan wilayah. Umum mengetahui bahawa suatu waktu dahulu, etnik-etnik Dayak Borneo sering berpindah randah untuk mencari kawasan yang subur dan hal ini memungkinkan mereka bertembung dengan etnik-etnik yang lain di kawasan yang sama. Satu cara untuk berkuasa adalah dengan turun berperang dan seterusnya kepala musuh adalah “piala kemenangan” untuk dibawa pulang ke rumah-rumah panjang masing-masing. Bagi pihak yang kalah pula mereka harus akur akan kekalahan itu dan terpaksa menerima perintah daripada pihak yang menang. 

Selain daripada itu Perang Ngayau juga merupakan satu petunjuk status seseorang contohnya bagi setiap pahlawan etnik Dayak yang masih bujang, dikatakan bawa kepala musuh yang dibawa pulang selepas perang itu merupakan satu status kedudukan kepada mereka. Diceritakan bahawa suatu waktu dahulu ramai wanita-wanita etnik Dayak dan keluarganya meletakkan syarat untuk menjadi suami mereka haruslah mempunyai “kepala musuh” sebagai memenuhi syarat mas kahwin untuk mereka. Hanya dengan cara ini si dara akan menerima pinangan kerana nescaya si uda yang gagah dan berani sudah tentu lengkap untuk menjadi pelindung kepada keluarganya kelak. 

Bagi yang sudah berkahwin pula, setiap kali mampu membawa pulang “kepala musuh” sudah tentu status kedudukan dirinya dan keluarganya di dalam masyarakat setempat dipandang tinggi. Keberanian itu kadang-kadang mampu melayakkan dirinya untuk menjadi pemimpin masyarakatnya suatu hari kelak. Bolehlah disimpulkan bahawa Ngayau ini sebenarnya melambangkan keberanian, simbol “kejantanan” serta darjat sosial setiap pahlawan Dayak. 

Agak sukar sebenarnya untuk menyatakan bilakah tarikh sebenar tradisi Ngayau ini terjadi kerana setakat ini belum ada lagi kajian-kajian ilmiah yang memperkatakannya. Setiap etnik Dayak Borneo mempunyai cerita legendanya tersendiri apabila berkata tentang Ngayau ini. Contohnya di dalam cerita tradisi etnik Iban yang sememangnya antara yang tersohor dengan cerita Perang Ngayau mereka di bumi Borneo menghikayatkan bahawa tradisi Ngayau yang pertama dilakukan oleh orang Libau Lendau Dibiau Takang Isang atau orang yang berasal dari kayangan. 

Ketika itu ianya dipimpin oleh seorang tuai rumah bernama Keling. Kerana keberanian dan kegagahannya maka Keling telah dianugerahkan gelaran sebagai Keling Gerasi Nading Bujang Berani Kempang. Gelaran itu diberikan oleh seorang pemimpin etnik Iban yang paling dihormati yang tinggal di Tatai Bandam (Lubuk Antu, Sarawak sekarang) yang bernama Merdan Tuai Iban. Inilah merupakan salah satu daripada cerita legenda lisan yang di kalangan masyarakat Iban dan sudah tentu bagi etnik-etnik yang lain tidak kurang penceritaannya. 

Sewaktu Sarawak dibawah pemerintahan dinasti Keluarga Brooke yang bergelar Sarawak Kingdom, sekitar tahun 1841 lagi, Rajah James Brooke telah mengeluarkan perintah untuk tiada lagi mana-mana etnik Dayak di dalam Sarawak Kingdom yang masih menjalankan tradisi Ngayau ini kerana ianya dikatakan tidak bertamadun. Selain daripada itu Rajah Brooke sepanjang keluarganya memerintah telah mencuba sebaik mungkin dengan mengadakan beberapa perjanjian damai contohnya Perjanjian Marudi yang diusahakan agar tiada lagi perperangan antara etnik-etnik Dayak di Baram berlaku. Selain daripada denda yang berat untuk barangsiapa yang masih meneruskan tradisi Ngayau di bumi Sarawak Kingdom juga berjaya mengekangnya daripada terus dilakukan. 

Di Sabah pula untuk kaum Kadazan, Dusun dan Murut yang juga mengamalkan tradisi Ngayau di dalam penghidupan mereka dengan tujuan perluasan kuasa dan sebagainya juga mendapat tentangan daripada pemerintah Kompeni Inggeris North Borneo pada waktu itu. Seperti juga Rajah Brooke, mereka juga turut mengharamkannya dan hukuman yang berat bagi sesiapa yang melanggar perintah juga telah menyebabkan Ngayau itu telah terus ditinggalkan. 

Bagi etnik-etnik Dayak di Kalimantan pula apa yang diharamkan oleh Kerajaan Belanda pada masa itu tidak begitu diendahkan oleh mereka. Namun satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Tumbang Anoi pada tahun 1894 yang diadakan di Desa Huron Anoi Kahayan Ulu, Kalimantan Tengah telah berjaya mencari kata sepakat untuk kesemua etnik-etnik Dayak di Kalimantan ketika itu menghentikan tradisi Ngayau ini. Kesepakatan daripada setiap pemimpin etnik-etnik Dayak ini memungkinkan Ngayau dihentikan terus di bumi Kalimantan ketika itu. 

Selain daripada itu salah satu yang berjaya menghentikan Ngayau terus diadakan di bumi Borneo adalah apabila kedatangan agama di segenap penghidupan masyarakat Dayak Borneo pada waktu itu sekitar awal abad ke 19. Kedatangan missionari-missionari Kristianiti telah berjaya mengubah fahaman daripada agama pagan kepada agama Kristian telah banyak membantu untuk menghentikan Ngayau daripada terus dilakukan. 

Inilah sedikit ruang informasi untuk kita cuba mengenali Perang Ngayau atau Perang Memenggal Kepala yang pernah dipraktikkan di bumi Borneo suatu waktu dahulu. Walaupun ianya sudah lama ditinggalkan namun ianya sentiasa menjadi sumber warisan kebanggaan bagi setiap etnik Dayak di Borneo. Hanya "Bujang Berani" yang boleh melakukan ngayau ini dan cerita mereka di dalam perang ngayau suatu waktu dahulu sememangnya tidak boleh dinafikan. 

Thursday, May 23, 2013

pegaroh niang aki aku..agi meruan disimpan..deka di piring gawai tahun tok..

pengaroh ke diguna sida niang aki maia agi nurun ngayau kelia menya..
udah maioh bulih dengah... udah diuji ari kelia...
udah maioh ngemai pulai antu palak.

Sunday, March 24, 2013

APA ERTI ISTILAH NGAYAU



Ngayau ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang dilakukan dalam Adat Tradisi Suku Kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada mula nya Ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul Suku Kaum Dayak Mengayau, iaitu salah satu daripada suku kuam yang tinggal di KalimantanBaratIndonesia.
Erti istilah perkataan Ngayau ialah bermaksud : Satu ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah panjang orang lain yang mana ia dikenali sebagai “Kayau Serang”. Dan satu lagi jenis serangan yang dilakukan yang mempunyai jumlah pengikut nya yang kecil dan ia dikenali sebagai “Kayau Anak”. Kayau Anak ini ialah satu serangan yang sangat ditakuti oleh semua orang pada zaman dahulu kala.
Maka erti “Kayau Serang” ialah sekumpulan besar manusia berhimpun dan berkumpul menjadikan satu kelompok yang besar setelah dipanggil oleh seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak musuh yang mana mereka adalah datang beramai-ramai daripada rumah panjang yang berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata perintah daripada ketua mereka yang dikenali sebagai “Tuai Kayau” atau “Tuai Serang”.
Maka erti “Kayau Anak” ialah satu ekspedisi serangan terhadap musuh yang diatur oleh sekumpulan kecil penduduk yang terdiri daripada lebih kurang dua puluh orang pahlawan perang yang cukup berani menentang pihak musuh atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika musuh itu dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke sungai, atau sedang mencari paku pakis didalam hutan, atau sedang berburu atau berikan didalam hutan.
Mereka melakukan serangan ini tanpa sebarang perancangan rapi atau boleh dikatakan ia dilakukan secara sepontan akibat hati yang memberontak terhadap pihak musuh. Sebab itulah kita pernah mendengar cerita orang Iban dahulu yang pergi ke sawah bendang mesti dijaga oleh sekumpulan pahlawan yang cukup gagah dan berani mentang musuh kerana takut mereka akan menjadi mangsa serangan  kayau anak. Sila baca dalam cerita “Peturun Iban” dalam babak  “Bangsa Seru” yang mana ia ada menceritakan cucu seorang Pahlawan Iban yang bernama Demong, yang menjadi ketua suku kaum Iban di kawasan Batang Paku, Betong yang dikenali dengan nama Belaki,  telah mati kena serang kayau anak oleh suku kaum Seru ketika mereka sedang mengerjakan sawah bendang di kawasan yang dikenali sebagai Tanjung Kundong, Batang Paku, Betong. Turut mati bersama nya ialah isterinya yang bernama Beremas (adek kepada seorang Ketua Serang Iban yang bernama Uyut atau dikenali dengan panggilan Bedilang Besi). Bedilang dalam bahasa Iban ialah satu tempat dimana orang Iban menyalai kepala musuh yang telah dipenggal dirumah panjang pada masa dahulu. Juga turut terbunuh ialah ipar Belaki yang bernama Kadir.
Tetapi suku kaum Seru yang telah melakukan kayau anak itu Berjaya dikejar dan ditawan oleh pahlawan mereka yang bernama Jimbai, Umar, Jelema dan Buma. Kaum Seru itu mati dibunoh ketika mereka sedang berehat sambil menunggu rakan mereka memanjat pokok keranji setelah melarikan diri sambil membawa bersama mereka kepala Belaki yang telah dipenggal. Kaum Seru itu dibunoh di kawasan yang dikenali sebagai Bukit Tampak Panas diantara benua Batang Paku dan Batang Rimbas.
Semasa eksepedisi ngayau ini pahlawan yang telah berjaya mengalahkan musuh mereka mestilah memenggal kepala musuh yang telah mereka bunuh sebagai satu tanda keberanian mereka dalam serangan tersebut. Mereka juga akan merampas semua harta benda musuh yang mereka suka, sesuka hati dan juga menangkap semua musuh yang masih hidup untuk dibawa pulang ke kampung halaman supaya musuh itu nanti akan dijadikan sebagai hamba abadi mereka. Ada juga mereka yang berjaya mengalahkan musuh ini menangkap anak putri Ketua Kayau musuh dan dijadikan sebagai isteri mereka.
Sebab utama mereka mesti memenggal kepala musuh dan membawa nya balik ke rumah panjang mereka ialah sebagai satu tanda keberanian, ketangkasan dan kegagahan mereka ketika menentang pihak musuh.semasa eksepidi ngayau itu tadi. Dan mereka yang telah berjaya memenggal kepala musuh itu tadi atau berjaya membunuh musuh mereka dikenali oleh suku kuam Dayak Iban sebagai “Bedengah” dan juga mereka ini dikenali oleh orang ramai sebagai “Bujang Berani” atau sama erti dengan pahlawan oleh suku kaum Melayu.
Cerita mengenai Ngayau ini pernah ditulis dalam buku oleh Karya Bock dalam tahun 1881 yang berjudul “The Head Hunters Of Borneo” yang menceritakan suku kaum Dayak Iban ialah satu suku kaum yang tinggal di kepulauan Borneo yang dikenali ramai kerana berani berkorban nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir kerana hendak mendapatkan seberapa banyak kepala musuh yang berjaya dipenggal yang berjaya ditawan ketika mereka pergi Ngayau, yang mana ia boleh menaikkan nama mereka sebagai orang yang dikenali ramai dan dilantik sebagai seorang ketua dikalangan kaum mereka.
Sebab lain Ngayau ini dilakukan ialah kerana berakhir nya tempoh berkabung oleh suku kaum Dayak Iban sewaktu masa dahulu di rumah panjang berkenaan. Sebelum tempoh berkabung itu tamat tempoh, maka semua suku sakat orang yang telah meninggal dunia itu akan memanggil semua penghuni di rumah panjang mereka untuk bermesyuarat membincangkan bagaimana mereka hendak pergi menamatkan tempoh berkabung itu ke kawasan yang lain, yang lebih jauh supaya ia lebih bersejarah bagi mereka.
Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu mereka yang pergi itu ialah bertujuan untuk “Ngayau Anak” mendapatkan kepala manusia untuk menamatkan tempoh mereka berkabung di rumah panjang berkenaan sebagai ganti kepada ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia itu. Setelah mereka berjaya mendapatkan kepala manusia itu mereka akan balik secepat mungkin dan apabila mereka telah sampai di rumah panjang, mereka akan disambut dengan meriah sekali yang mana ia dinamakan sebagai “Mangka Ka Selaing” yang bermaksud berdoa kesyukuran.
Setiba nya mereka di pintu masuk utama rumah panjang berkenaan, mereka akan berteriak sekuat-kuat hati sebagai satu amaran menandakan mereka telah sampai, dan ia juga akan dibalas dengan pukulan gong daripada penduduk rumah panjang tersebut. Ketibaan mereka akan disambut seperti mana adat menerima ketibaan seorang pahlawan perang. Kepala manusia yang dibawa balik itu akan disambut oleh seorang perempuan yang terpilih atau isteri pahlawan itu sendiri menggunakan nyiru yang digunakan sebagai tampi oleh mereka. Atau ia akan disambut menggunakan satu pinggan seramik yang besar sais nya, diseliputi menggunakan satu kain tenunan suku kaum Dayak Iban yang dikenali seabagai “Pua Kumbu” iaitu sejenis kain yang dibuat khas secara tradisi oleh suku kaum Dayak Iban untuk sesuatu upacara yang besar-besaran. Ia juga disambut mengunakan sampi serapah bahasa yang simbolik digunakan oleh suku kaum Dayak Iban untuk menyambut kepala musuh.
Setelah kepala musuh itu dibawa masuk ke dalam rumah panjang barulah orang lain di rumah panjang itu secara bergilir-gilir membawa bersama mereka kepala musuh itu dengan cara tarian yang simbolik sepanjang rumah panjang tersebut yang dikenali sebagai “Naku Antu Pala” sehinggalah kepala musuh itu sampai ditengah-tengah ruang tamu orang yang berkabung itu. Selepas kepala musuh itu tiba di ruang tamu orang yang berkabung itu baru upacara berkabung tersebut ditamatkan.
Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu sepanjang tempoh berkabung tersebut ahli keluarga si mati tidak dibenarkan memotong rambut, penduduk di rumah panjang tersebut tidak boleh mengadakan sebarang upacara keramaian, tiada pelawat dari rumah panjang lain dibenarkan bertandang ke rumah panjang mereka dan banyak lagi pantang larang lain yang menandakan suasana sedih dan pilu akibat kematian itu tadi.
Selesai sehaja upacara berkabung itu tadi ditamatkan, maka kepala musuh itu akan dibawa ke ruang tamu ketua di rumah panjang berkenaan. Kepala musuh itu akan ditempatkan di tempat khas yang dikenali sebagai”Bedilang Tampun”, ia itu tempat dimana kepala musuh itu akan disalai didalam rumah panjang tersebut. Kepala musuh itu akan menjadi sebagai tanda harta pusaka pahlawan perang di rumah panjang berkenaan. Selepas itu barulah orang yang tinggal di rumah panjang itu mengadakan uapacara keramaian yang dinamakan “Gawai Enchaboh Arong”, iaitu sebagai tanda kesyukuran keatas kemenangan pahlawan perang menewaskan musuh mereka.
Maka atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan dan pengorbanan jiwa, maka mulailah suku kaum Dayak Iban pada zaman dahulu berasa bangga dan terus melakukan espedisi serang “Ngayau” untuk membalas dendam keatas kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa sebarang sebab yang tidak diketahui. Mereka juga melakaukan “Ngayau” ini kerana hendak merampas tanah pusaka orang lain, berebut kuasa untuk menjadi pemimpin, dan juga hendak mengambil kesempatan merampas harta benda orang lain. Maka sesiapa yang berjaya menewaskan pihak lawan dalam ekspidisi “Ngayau” ini akan mendai terkenal, terbilang sebagai pahlawan perang dan dihormati ramai di kawasan berkenaan.
Lelaki itu tadi apabila dia telah dikenali ramai sebagai pahlawan perang setelah dia balik daripada ekspedisi “Ngayau”, maka dia akan membuat sesuatu tanda di tubuh badan nya yang dikenali sebagai tattoo badan yang becorak hitam bemotifkan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Tatto ini dikenali sebagai “Ukir” atau”Kelingai”. Mereka juga boleh menggunakan topi yang dikenali sebagai “Ketapu” atau “Selapok Betunjang” yang mana topi tersebut akan dikepilkan dengan bulu burung merak atau kenyalang. Mereka juga boleh menggunakan baju yang diperbuat daripada kulit binatang buas seperti harimau dahan, harimau bintang dan beruang yang dikenali sebagai “Gagong”.
Pahlawan perang yang hendak pergi mengikuti ekspedisi “Ngayau” ini mestilah ada memiliki petanda yang baik melalui mimpi dan juga bunyi burong yang mereka pecayai boleh membantu mereka menentukan nasib sebelum mereka pergi “Ngayau”.atau membuat perahu besar untuk espedisi berkenaan. Dalam semua perkara yang mereka hendak lakukan akan didahului dengan upacara “Miring”, iaitu satu upacara sembahan kepada tuhan yang mereka percayai boleh membantu mereka semasa melakukan serangan “Ngayau” itu nanti. “Miring” mesti dilakukan kerana mereka percaya bahawa dewa atau “Tua” mereka akan pergi bersama dalam serangan itu dan menolong mereka menjayakan serangan tersebut.
Mengikut buku yang ditulis seorang pengarang novel yang bernama Miller dalam tahun 1946 yang berjudul “Black Borneo”. Dia ada mengatakan bahawa semua pahlawan perang suku kaum Dayak Iban yang pergi “Ngayau” itu ada mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa daripada manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlawan tersebut ialah mereka mempunyai kuasa yang luar biasa, yang tidak diketahui dari mana punca nya ketika berlawan dengan pihak musuh, lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.
Dan juga mengikut kepercayaan suku kaum Dayak Iban, tengkorak manusia yang mati dibunuh itu mempunyaui banyak kuasa yang boleh membantu mereka pada zaman dahulu sekira nya ia dijaga dengan baik dan dihormati oleh pemilik nya. Tengkorak manusia itu juga dikenali sebagai “Antu Pala” boleh digunakan untuk merawat pesakit yang sakit tenat apabila diadakan upacara “Gawai Burong”, iaitu upacara keramaian untuk memohon restu mengubat pesakit secara tradisional menggunakan kuasa roh orang yang telah di penggal kepala tersebut. “Antu Pala” juga boleh digunakan oleh petani untuk memohon hujan turun ketika musim kemarau panjang yang kering kontang. Dan apabila kuasa pada “Antu Pala” itu telah habis atau berkurangan, maka sebab itulah salah satu daripada punca nya mengapa mereka pergi “Ngayau” semula untuk mendapatkan ganti supaya mereka berkekalan memilki “Antu Pala” yang boleh membantu hidup mereka sepanjang masa. “Antu Pala” juag boleh digunakan untuk menjaga rumah atau sawah daripada dibinasakan oleh binatang liar sekira nya ada orang yang berilmu boleh  menjadikan kuasa nya ujud seperti dikehendaki oleh pemiliki itu.
Mengikut buku yang ditulis Mc Kinley dalam tahun 1976, dia ada bertanyakan kenapa suku kaum Dayak Iban apabila mereka selamat balik daripada ekspidisi. “Ngayau” zaman dahulu mesti membawa balik kepala musuh yang telah dipenggal dan tidak membawa bahagian badan yang lain sebagai tanda keberanian mereka sekalu seorang pahlawan perang. Dan dalam pendapat beliau bahawa suku kaum Dayak Iban merasa bangga apabila bailik daripada eksepidisi “Ngayau” dan membawa bersama mereka kepala musuh yang telah berjaya dibunuh sebagai tanda kemenangan kerana suku kaum Dayak Iban percaya bahawa kepala musuh itu adalah sama seperti sebatang tubuh badan musuh berkenaan. Kerana daripada gaya rupa muka manusia di kepala tersebut kita boleh dengan mudah mengenali siapakah orang itu dan juga ia membolehkan mereka mengetahui siapakah suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan “Ngayau” itu.
Dalam ekspedisi “Ngayau”, semua pahlawan perang suiku kaum Dayak Iban boleh menunjukkan keberanian, kekuatan dan juga ketangkasan mereka ketika menyerang pihak musuh, yang membolehkan mereka berusaha mendapatkan gelaran sebagai “Bujang Berani”. Bujang Berani juga adalah menjadi rebutan dikalangan semua gadis pada zaman dahulu untuk dijadikan sebagai suami atau mereka juga dengan mudah akan diterima oleh Ketuai Kayau, atau orang kenamaan yang kaya raya untuk menjadi menantu ketika mereka mencari calon menantu ketika upacara meminang dilakukan.
Mengikut cerita orang dahulu kala iaitu “Ngayau” ini dimulakan oleh seorang dewa suku kaum Dayak Iban yang bernama Keling yang berasal dari benua Panggau Libau Lendat Di Biau Takang Isang dimana dia mendapat gelaran Keling Gerasi Nading, Bujang Berani Kempang, Maioh Rambang. Dan perbuatan memenggal kepala musuh itu pada mula nya dilakukan oleh seorang dewa yang bernama Lang Sengalang Burong ketika mereka berperang menentang suku kaum Inggeris di lautan belantara. Maka kerana terlalu marah ketika menyertai ekspedisi “Ngayau” itu tiba-tiba Lang Sengalang Burong terus memotong kesemua bangkai musuh yang telah berjaya dibunuh, dan seterusnya dipotong nya dibahagian kepala yang mana ia memisahkan kepala dan badan tersebut,dan terus dibawa nya kesemua kepala musuh itu balik ke rumah panjang mereka di Gelong Batu Nakong sebagai bukti bahawa dia adalah “Bujang Berani” atau seorang pahlawan perang sebenar.

PERSIAPAN SEBELUM PERGI “NGAYAU”




Sebelum semua pahlawan perang suku kaum Dayak Iban pergi “ngayau”, semua pendduduk di rumah panjang tersebut hendaklah terlebih dahulu memberitahu semua penduduk rumah panjang Iban yang tinggal berdekatan atau di sepanjang sungai di kawasan berkenaan yang mana mereka adalah mempunyai tali persaudaraan atau persahabatan baik dalam kesenangan atau kesusahan bahawa satu mesyuarat khas untuk mengadakan ekspedisi “ngayau” akan diadakan oleh Ketua Kayau mereka.
Setelah selesai segala mesyuarat persiapan untuk pergi “ngayau” semua penduduk yang terlibat akan bekerjasama untuk membuat perahu perang yang dikenali sebagai “Perahu Kayau”. Perahu tersebut diperbuat menggunakan kayu yang tahan lasak untuk espedisi itu dan sais nya hendaklah sesuai mengikut seberapa banyak pahlawan perang yang akan pergi menyertai perang tersebut. Mereka juga menyiapkan diri dengan membuat beberapa senjata untuk berperang seperti parang Iban yang dikenali sebagai “Ilang” dan “Nyabor”.
Mereka juga membuat perisai yang diperbuat daripada kayu yang ringan sereta kering supaya senang dibawa berjalan semasa menyerang pihak musuh. Mereka juga membuat sumpitan yang diperbuat daripada kayu “Tapang” atau daripada jenis kayau yang tahan lasak supaya mereka boleh membunuh pihak musuh daripada jarak jauh tanpa disedari berdasarkan kekuatan mereka melepaskan sejenis anak panah yang dikenali sebagai “Laja” yang telah siap sedia diperbuat daripada objek yang tajam dan telah digauli dengan racun ular berbisa seperti ular tedung atau belalang dan getah kayu ipoh.
Setelah segala persiapan tersebut siap dan mereka terus mengadakan mesyuarat untuk menentukan tempoh bila masa yang seuai dan juga ke mana arah tuju mereka hendak pergi “ngayau” itu nanti. Seminggu sebelum mereka pergi “ngayau” semua kaum wanita di kawasan rumah panjang tersebut telahpun menyiapkan segala persiapan untuk mereka mengadakan persemahan kepada  tuhan atau dewa yang mereka percaya boleh membantu menjayakan serangan itu nanti.
Orang yang lelaki akan pergi berburu mencari binatang dan juga menuba ikan di sungai berdekatan supaya mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk anak isteri mereka yang tinggal di rumah panjang itu sepanjang tempoh mereka pergi berperang. Mereka juga pergi mencari tangkal dan azimat daripada sanak saudara yang tinggal berdekatan supaya mereka berjaya dalam ekspedisi “ngayau” nanti..
Sehari sebelum mereka pergi berperang, mereka akan memasak nasi pulut lemang yang mana nasi tersebut akan menjadi bekal makanan mereka sepanjang masa perjalanan ke tempat yang hendak diserang. Pada malam sebelum mereka pergi berperang, mereka akan berkumpul di rumah panjang tersebut di ruang tamu “Tuai Kayau” iaitu ketua perang tersebut untuk mengadaakan uoacara semahan kepada tuhan dan dewa yang mereka percayai boleh membantu mereka dalam eksepedisi “ngayau” itu nanti. Mereka juga akan memuja segala azimat dan tangkal yang digunakan untuk berperang pada upacara berkenaan.
Semasa upacara berkenaan “tuai kayau” dan dibantu oleh beberapa orang bomoh dan dukun berkebolehan akan memilih semua lelaki yang menawarkan diri hendak pergi menyertai ekspedisi itu kerana takut sekira nya mereka bukan lelaki yang terpilih, mereka akan mati atau mendapat susah semasa dalam peperangan itu nanti. “Tuai Kayau” juga akan memilih mana lelaki yang boleh dilantik sebagai ketua atau pengawal kepada anak isteri mereka yang tinggal di rumah panjang sepanjang tempoh yang ditinggalkan mereka berperang nanti, kerana mereka juga takut bahawa rumah panjang mereka akan diserang oleh pihak musuh yang lain.
Semasa upacara membuat semahan dan pemujaan ke atas dewa, tuhan yang mereka percayai, azimat dan tangkal yang mereka miliki dan juga perkara yang lain dan dipercayai boleh membantu menjayakan serangan itu nanti, maka mereka akan menyediakan semahan yang dikenali sebagai “Piring” berupa bahan-bahan seperti dinyatakan berikut :

  1. Tujuh pinggan nasi pulut,
  2. Tujuh pinggan “Tumpe” yang diperbuat daripada beras bercampur dengan beras pulut,
  3. Tujuh pinggan “Rendai” iaitu padi yang digoreng kering seperti pop corn,
  4. Tujuh biji telur ayam,
  5. Satu talam besar tempat menyimpan :  (a) Sirih, (b) Daun Engkelait, (c) Rokok yang diperbuat daripada daun nipah, (d) Kapur, (e) Buah Pisang, (f) Tembakau, (g) Tujuh biji ketupat yang diperbuat daripada beras pulut hitam, 
    6.   Satu pinggan kueh penjaran, kueh cap dan kueh jala,
    7.   3 pasang “Keresang” iaitu buloh yang telah dianyam segi empat seperti bakul
          dan juga ada yang di potong dibahagian atas buloh itu dan dianyam seperti
          mangkok sebagai tempat menyimpan “Piring”,
  1. Dua ekor babi tidak kira ia lelaki atau betina,
  2. Satu “Antu Pala” iaitu tengkorak kepala manusia yang telah dipenggal semasa mereka berjaya mengalahkan pihak musuh dalam ekspedisi “ngayau”,
  3. Air tuak iaitu sejenis minuman yang dibuat menggunakan ragi dan beras pulut,
  4. Sebiji buah kelapa,
  5. Sehelai kain yang dijadikan sebagai bendera untuk pergi berperang “ngayau”.
Pada malam tersebut semua lelaki yang telah dipilih untuk menyertai ekspedisi “ngayau” akan diarah duduk berkumpul di ruang tamu “Ketuai Kayau” dan akan makan malam bersama-sama. Setelah upacara membuat sembah “Piring” sebanyak tujuh pinggan siap, maka “Ketuai Kayau” akan memilih seseorang yang telah dilantik untuk membuat pemujaan menggunakan jampi serapah keatas “piring” tersebut dengan menghayunkan seekor ayam diatas “piring” itu.
Ayam yang telah diguna dalam upacara pemujaan itu juga akan dihayunkan diatas kepala semua lelaki yang terpilih untuk menyertai ekspedisi “ngayau” itu sebanyak tiga kali setiap seorang, dan berdoakan mereka akan berjaya dalam serangan itu , sihat dan dilindungi daripada sebarang mala petaka sepanjang perjalanan nanti. “Tuai Kayau” terus membuang ai tuak yang diterima nya kepada tuhan atau dewa mereka sebanyak tujoh kali, kerana mendoakan tuhan dan dewa itu akan menjaga mereka dari sebarang kesusahan dan menjayakan ekspedisi “ngayau” itu nanti.
Erti nasi pulut itu dalam bahan-bahan “Piring” ialah mendoakan semua pahlawan perang yang menyertai ekspedisi itu akan bersatu hati dan bekerja sama menjayakan “Ngayau” itu nanti. Dan juga erti mereka meminum serta menggunakan ai tuak semasa upacara “Miring” ialah suapaya semua pahlawan perang yang pergi “Ngayau” itu bertenaga dan sanggup berperang mati-matian menentang musuh. Erti mereka “Miring” menggunakan “Tumpe” itu ialah membayangkan bertapa setia nya mereka kepada “Tuai Kayau” dalam serangan itu. Erti mereka menabur “Rendai” ialah membayangkan bahawa dewa atau tuhan suku kaum Dayak Iban dari benua Panggau Libau akan datang membantu mereka dalam serangan itu. Dan juga erti rokok yang diperbuat daripada daun nipah, sirih, serta bahan-bahan “piring” yang lain akan disimpan dalam lima bahagian yang lain, dan disimpan dalam “Keresang” dan diletakkan ditiang sri (utama) rumah panjang tersebut atau ditempatkan mereka ditiang ‘Ranyai” iaitu pokok yang diletakkan di tengah-tengah rumah panjang tersebut dimana dibawah pokok itu akan diletakkan semua azimat dan tangkal untuk berperang disimpan supaya dewa dan tuhan mereka yang datang dari benua Panggau Libau yang dipanggil melalui jampi serapah oleh bomoh atau dukun semasa upacara “Miring” itu nanti mengetahui bahawa orang di rumah panjang berkenaan memerlukan bantuan dan kehadiran mereka dengan segera.

CARA PAHLAWAN PERANG PERGI “NGAYAU’



Apabila semua pahlawan perang itu telah bersiap sedia hendak meninggalkan rumah panjang mereka untuk pergi berperang, “Tuai Kayau” terus menghimpunkan semua pahlawan perang tersebut dan membacakan jampi serapah dengan menghayunkan seekor ayam jantan menghadap kearah semua pahlawan perang yang sedang duduk bersila bersama-sama dengan alat-alat kelengkapan perang yang mereka bawa. Jampi serapah yang dibacakan oleh “Tuai Kayau” itu ialah diiringi dengan doa kepada tuhan dan dewa yang mereka puja dengan harapan bahawa pemergian mereka menyertai espedisi “Ngayau” itu akan mendapat restu dan mereka akan berjaya serta selamat daripada mala petaka sepanjang masa pemergian itu nanti.
Selepas itu “Tuai Kayau” akan menyembelih ayam jantan tersebut diatas tangga rumah panjang tersebut dan seterusnya mencabut bulu sayap ayam dan menyapu nya diatas darah ayam itu. Bulu ayam yang basah dengan darah itu akan dicecah oleh “Tuai Kayau” diatas dahi semua pahlawan perang dengan harapan mereka akan berjaya menyertai espedisi “Ngayau” itu nanti dan membawa balik banyak kepala musuh yang dipenggal dan juga harta pusaka musuh, dan juga menangkap seberapa banyak hamba abadi untuk dibawa balik ke rumah panjang mereka.
Semua pahlawan perang itu pun berlepas dengan membawa semua kelengkapan perang mereka, dan sebelum mereka memijak tanah meninggalkan rumah panjang tersebut maka seekor babi akan disembelih menggunakan lembing dikaki tangga rumah panjang berkenaan dan diiringi dengan bacaan doa oleh orang yang menyembelih babi itu memanggil dewa dan tuhan mereka dari benua Panggau Libau supaya datang membantu dan sama-sama menyertai ekspedisi “Ngayau” itu.
Mereka yang pergi menyertai espedisi “Ngayau” itu pun berlepas mengikuti semua rancangan yang telah diatur rapi seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuarat “Ngayau” itu kerana takut bahawa espedisi perang mereka nanti gagal dan ramai daripada kalangan pahlawan perang itu akan terbunuh. Maka tengkorak manusia yang telah dipenggal atau buah kelapa yang mereka bawa besama semasa pergi itu membayangkan bahawa mereka akan mendapat lebih banyak lagi kepala musuh untuk dibawa balik menambahkan yang telah mereka perolehi sebelum nya. Dalam espedisi “Ngayau” itu semua musuh yang telah berjaya dibunuh akan dipenggal semua kepalanya. Kepala itu akan dipisahkan daripada badan oleh sipembunuh dan dibawa balik ke rumah panjang, dan dijadikan sebagai “Dengah Bujang Berani” yang bermaksud tanda keberanian seoranmg lelaki selaku pahlawan perang suku kaum Dayak Iban di Sarawak.
Apabila espedisi “Ngayau” tersebut telah berjaya dan mereka pun balik ke rumah panjang dimana mereka berkumpul sebelumnya. Setibanya mereka menggunakan “Perahu Kayau” dipangkalan rumah panjang berkenaan maka semua pahlawan perang tersebut akan berteriak dengan laungaan sekuat-kuatnya menandakan mereka telah berjaya, mereka juga akan menari tarian “Ngajat” dan berbagai-bagai cara lagi yang menandakan mereka sangat gembira kerana telah selamat dan berjaya membawa balik kepala musuh yang telah kalah dan dibunuh.
Apabila mereka telah sampai di tangga rumah panjang tersebut, maka semua kelapa musuh itu akan disimpan didalam nyiru atau tampi sementara menunggu perempuan yang terpilih atau isteri pahlawan perang itu menyambut nya. Semua pembaca bahtera yang dikenali dengan panggilan “Lemambang” serta diikuti oleh perempuan yang terpilih yang dikenali sebagai “Orang Indu Tau Takar, Tau Gar, Nemu Betenun, Landik Ngembun” yang bermaksud perempuan yang pandai membuat tenunan, anyaman, tuak atau yang serba boleh dalam segala bidang, terus menanya bagaimana cerita mereka yang melakukan peperangan dalam bentuk bahtera tradisional yang dipanggil “Renong” serta kata-kata peransang yang dinamakan “Jako Ansah” kepada semua pahlawan perang yang baru balik daripada menyertai espedisi “Ngayau” itu kerana takut mereka yang balik telah menemui bala atau petunjuk yang tidak baik dalam perjalanan balik ke rumah panjang itu yang mana petunjuk itu akan membawa kesusahan yang boleh menyebabkan kerugian atau kematian dimana mungkin pihak musuh yang terselamat akan datang menjejaki mereka untuk membalas dendam.
Mereka teruis melakukan upacara “Miring” di tempat tersebut sebelum mereka naik ke rumah panjang. Semua semahan “Piring” yang disediakan adalah dalam bentuk tiga jenis peringkat dan disimpan di tiga tempat khas. Semua “Piring” tersebut disimpan dalam “Keresang” dan diletak di kepala tangga rumah panjang berkenaan supaya dewa atau tuhan yang mereka puja dari benua Panggau Libau yang telah membantu mereka mudah datang atau melihat apa yang mereka lakukan. Semua “Piring” ini tidak boleh diganggu atau dibuang dalam tempoh selama tiga hari berturut-turut.

MACAM MANA CARA “BUJANG BERANI” BALIK KE RUMAH PANJANG



Selepas itu orang yang dalam rumah panjang terus menyediakan satu dulang besar yang diperbuat daripada kayu keras, seperti kayu belian atau kayu jati yang mana dulang tersebut adalah digunakan oleh kaum wanita untuk mewarnakan benang untuk menenun “Pua Kumbu” iaitu kain tenunan suku kaum Dayak Iban. Dulang tersebut akan ditempatkan di atas tangga rumah panjang tersebut. Didalam dulang itu juga disimpan batu yang digunakan oleh kaum wanita semasa mereka mandi di sungai untuk membuang kekotoran yang melekat dibadan. Sebiji batu “Pelaga” iaitu batu yang digunakan oleh suku kaum Dayak Iban membuat perhiasan wanita zaman dahulu dan ia juga disimpan air kira satu pertiga didalam dulang tersebut.
Maksud menyimpan batu didalam dulang itu ialah supaya membayangkan roh semua pahlawan perang yang balik “Ngayau” itu akan bersih daripada sial atau semua perkara yang buruk. Maksud batu “Pelaga” itu ialah supaya masa hadapan pahlawan perang itu akan bertambah baik dan ibaratkan kilauan cahaya batu “Pelaga” tersebut. Maksud air didalam dulang itu ialah supaya ia membersihkan segala dosa yang telah mereka lakukan dan mereka akan tinggal dengan aman damai, dan maksud semua barang itu mesti dimasukkan didalam dulang yang digunakan untuk membuat benang tenunan ialah supaya semangat dan roh pahlawan perang itu diibaratkan seperti mati dilahirkan semula selepas peristiwa itu.
Semua isteri “Bujang Berani” terus diminta berkumpul di hadapan pintu utama rumah panjang supaya mereka menyambut kepala musuh yang baru diperolehi oleh suami mereka dalam espedisi “Ngayau” itu menggunakan pinggan ceramik yang boleh memuatkan kepala musuh atau menggunakan nyiru sekiranya kepala musuh itu lebih daripada sebiji dan badan mereka diselindungi dengan “Pua Kumbu” supaya kepala musuh itu boleh dibawa masuk ke dalam rumah panjang tersebut. Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya suami mereka akan terus mendapat kepala musuh didalam espedisi “Ngayau” yang akan datang dan juga si isteri tersebut akan dipanjangkan umur dan sihat selamanya dan juga mereka akan menjadi orang yang terkenal kerana keberanian suami mereka dalam espedisi “Ngayau” yang telah dilakukan itu.
Orang lain yang tinggal dirumah panjang tersebut juga akan terus memulakan pukulan gendang tradisional suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai “Gendang Rayah”, iaitu sejenis bunyi gendang yang digunakan oleh suku kaum Dayak Iban untuk memanggil dewa atau tuhan yang mereka puja supaya datang ke rumah panjang tersebut bersama-sama menyaksikan upacara keramaian yang mereka lakukan.
Selepas selesai pukulan “Gendang Rayah” selama tujuh kali berturut-turut, maka ia juga akan disusuli dengan pukulan “Gendang Ajat”, iaitu gendang biasa untuk tarian “Ngajat” oleh suku kaum Dayak Iban. Sebelum mereka masuk ke dalam rumah panjang, mereka harus terlebih dahulu beteriak dengan kuat sekali secara habis-habisan yang dinamakan “Mangka Ka Selaing” sebanyak tujuh kali berturut-turut. Selepas mereka selesai “Mangka Ka Selaing” barulah mereka dibenarkan masuk ke dalam rumah panjang tersebut dan seterusnya semua orang yang melalui pintu utama rumah panjang itu akan memasukkan tapak kaki mereka didalam dulang yang berisi batu, batu “Pelaga” dan air yang telah disediakan.
Setelah memasukkan tapak kaki didalam dulang tersebut, maka semua “Bujang Berani” terus menyepak kepala tangga (kerana pada zaman dahulu tangga rumah panjang suku kaum Dayak Iban ialah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang dibuat gigi dijadikan tangga) dan sebab mereka mesti menyepak kepala tangga itu ialah dengan doa agar mereka dipanjangkan umur dan tidak mudah dimakan sumpah atau badi daripada kepala musuh yang mereka baru perolehi dalam espedisi “Ngayau” itu.
Apabila mereka masuk ke dalam rumah panjang tersebut, semua “Bujang Berani” terus mengayakan tarian yang dinamakan “Berayah”, iaitu tarian khas untuk pahlawan perang yang telah berjaya memenggal kepala musuh dan seterusnya mereka juga akan menarikan tarian “Ngajat”. Sementara itu kaum isteri yang membawa bersama mereka kepala musuh akan mengayakan tarian khas yang dinamakan “Naku Antu Pala” iaitu tarian  untuk membawa kepala musuh berjalan didalam rumah panjang, iaitu berjalan selangkah dua dan seterusnya berpusing ke kiri dan kekanan sambil menyebut perkataan “Uha.. Ha.. Hoi…Oi” sepanjang malam tersebut sehingga pagi mengikuti aturcara majlis.
Semua penduduk rumah panjang tersebut terus merayakan upacara keramaian tanda kesyukuran ke atas kejayaan “Bujang Berani” itu balik daripada espedisi “Ngayau”. Semua pahlawan perang yang terlibat dalam espedisi “Ngayau” itu terus berkumpul di ruang tamu “Tuai Kayau” dan seterusnya dihayunkan ayam diatas kepala mereka oleh “Tuai Kayau” sambil mendoakan mereka akan selamat sejahtera sepanjang hayat nanti. Ayam itu terus disembelih oleh “Tuai Kayau” dan kemudian darah ayam itu disapu pada bulu ayam sereta dicecah didahi semua pahlawan perang tersebut dan juga diatas kepala musuh yang telah dipenggal yang mereka bawa bersama, supaya roh kepala musuh itu tidak menggangu kehidupan mereka di masa akan datang atau membawa sial kepada mereka yang tinggal di rumah panjang tersebut. Kepala musuh it terus disalai oleh mereka diatas satu dulang khas yang dipanggil “Bedilang” iaitu tempat yang dijadikan dapur sebagai tempat mereka membakar kayu untk menyalai kepala musuh itu. Tempat mereka menyalai kepala musuh itu ialah di ruang tamu “Tuai Kayau” yang dipanggil “Tampun”, iaitu dimana kepala musuh itu dikumpulkan dan diikat rapi dengan rotan.
Selepas selesai upacara tersebut maka penduduk rumah panjang akan mengadakan satu
lagi upacara keramaian yang dinamakan “Gawai Sandau Ari” yang bermaksud pesta keramaian sebagai doa selamat kepada semua pahlawan perang yang berjaya dalam espedisi “Ngayau” itu. Selepas upacara keramaian itu, ia terus disusuli dengan satu lagi upacara keramaian yang lain, yang dikenali sebagai “Gawai Enchaboh Arong” yang
bermaksud mereka membuang sial selepas espedisi “Ngayau” itu.
Semasa upacara tersebut mereka akan melakukan tarian “Ngajat” mengelilingi satu pokok yang mereka namakan “Ranyai” iaitu pokok yang diletakkan ditengah-tengah ruang tamu dan didahan pokok tersebut digantungkan kepala musuh yang baru mereka perolehi. Sementara itu “Lemambang” yang terpilih akan menyanyikan bahtera tradisional suku kaum Dayak Iban yang dinamakan “Renong” , “Mengap” dan seterusnya “Nimang Jalong” mengelilingi “Ranyai” tersebut. “Nimang Jalong” ialah dimana air tuak disimpan didalam satu mangkok seramik dan dibaca dengan bahtera sumpah serapah khas untuk “Bujang Berani” yang mana jika mereka membohongi mengatakan mereka telah membunuh musuh, maka mereka akan mati akibat termakan sumpah-serapah oleh “Lemambang” yang membaca “Timang Jalong” itu. Dan “Bujang Berani” yang telah meminum air tuak yang telah dibaca itu yang dikenali sebagai “Ai Jalong Timang” akan diberi gelaran khas oleh “Lemambang” tersebut mengikut cerita bagaimana mereka berjaya membunuh musuh mereka dalam espedisi “Ngayau” itu, dan mulai dari itu pahlawan perang itu akan dipanggil “Bujang Berani”.
Ada juga pahlawan perang suku kaum Dayak Iban melakukan espedisi “Ngayau” dengan atur cara yang dinamakan “Bejalai Ka Bungai Jarau”, yang bermaksud meminta bantuan daripada semua sahabat handai atau sanak saudara yang sudi membantu mereka untuk membalas dendam ke atas musuh yang telah menyerang rumah panjang mereka atau membunuh saudara mereka dengan bantuan seberapa segera yang boleh.
Mereka yang melakukan espedisi “Ngayau” sebegini dengan seberapa segera memohon bantuan daripada pihak luar dengan melantik beberapa orang lelaki yang terpilih di rumah panjang berkenaan dengan membawa bersama nya satu mangkok seramik yang berisi darah dan bulu ayam. Tujuan lelaki yang terpilih tersebut membawa mangkok yang berisi bulu dan darah ayam itu ialah menandakan bahawa rumah panjang mereka telah mendapat mala petaka yang cukup menyusahkan akibat serangan musuh dan mereka memohon bantuan dengan kadar segera untuk membalas dendam ke atas kematian saudara mereka yang mati dibunuh dan menandakan ia adalah berita gemparan am.
Setelah saudara mara atau sahabat handai mereka dari rumah panjang lain menerima “Bungai Jarau” tersebut, maka mereka juga akan berbuat demikian dengan cara sambung menyambung berita gemparan tersebut dengan menyerahkan “Bungai Jarau” itu kepada satu sama lain, menuju rumah panjang yang berada di kawasan berdekatan. Setelah rumah panjang lain mendapat berita gemparan itu, mereka pun pergi dengan seberapa segera ke rumah panjang dari mana datang nya “Bungai Jarau” berkenaan untuk memberi bantuan kecemasan kerana hendak tahu apa masalah yang sebenarnya telah belaku menimpa penduduk rumah panjang itu dan apa jenis bantuan yang patut mereka lakukan kemudian.
Apabila semua orang telah sampai di rumah panjang yang memerlukan bantuan itu maka satu mesyuarat tergempar ditubuhkan oleh seseorang yang telah dilantik dan seterusnya dia menjadi “Ketuai Kayau” dalam espedisi “Ngayau” itu. Mereka terus memilih sesiapa pahlawan perang yang sesuai untuk menyertai espedisi “Ngayau” itu. Dan mereka yang terpilih akan menyertai espedisi “Ngayau” ini mengikuti cara aturan dalam “Kayau Serang”, iaitu “Ngayau” secara besar-besaran untuk membalas dendam. Maka cerita “Ngayau” menggunakan aturan “Bejalai Ka Bungai Jarau” ini saya dapati daripada kenalan saya yang berbangsa Dayak Memaloh dari daerah Putus Sibau, Kalimantan Barat, Indonesia iaitu dimana dia terlibat secara langsung dalam espedisi “Ngayau” membantu suku kaum Dayak Sanggau menentang suku kaum Madura di daerah Sampit, Kalimantan Barat pada tahun 1996 yang lalu.
Lain-lain suku kaum Dayak di Borneo yang ada melakukan espedisi “Ngayau” ini ialah daripada suku kaum Dayak Ngau, Dayak Maanyan, Dayak Meratus, Dayak Kahayan, Dayak Mengayau, Dayak Kenyah, dan suku kaum Dayak yang cukup terkenal dan terbilang melakukan espedisi “Ngayau” ini dalam sejarah ialah suku kaum Dayak Iban dari nengri Sarawak, Malaysia.
Espedisi “Ngayau” ini telah diharamkan oleh kerajaan di Indonesia semasa pemerintahan Belanda yang dikenali sebagai “Perjanjian Tumbang Anoi” di daerah Damang Batu pada tahun 1874. Begitu juga apa yang berlaku di Sarawak, dimana espedisi “Ngayau” diberhentikan oleh Kerajaan Nengri Sarawak yang diperintah oleh Raja Vyner Brooke pada tahun 1932 setelah kerajaan melancarkan espedisi “Ngayau” secara besar-besaran menentang suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai “Kayau Delok” di Ulu Batang Ai, Lubok Antu yang mana suku kaum Dayak Iban diketuai oleh “Tuai Kayau” bernama Asun, Kana dan Kendawang seperti apa yang ditulis oleh mendiang Benedict Sandin dalam buku yang berjudul “Peturun Iban” dalam tahun 1962.